Sunday, September 30, 2007

Persaksian Kami


Wahai Insan, ingatlah,

bahawa kita ini semua adalah jisim dan jirim.

Isa bin Maryam hanyalah jisim dan jirim.

Uzair hanyalah jisim dan jirim.

Ram, Siva dan Krishna hanyalah jisim dan jirim.

Sidartha Gauthama hanyalah jisim dan jirim.

Jibrail dan Mikail hanyalah jisim dan jirim.

Matahari dan Rembulan hanyalah jisim dan jirim.

Begitu jugalah para Nabi yang kamil, Malaikat yang mulia.

Serta bintang-bintang, yang mereka lantik,

sebagai Tuhan.


Maka bersaksilah,

bahawa kami telah berlepas diri dari orang-orang

yang mengambil selain Allah sebagai tuhannya.

Dan bersaksilah

bahawa kami hanya menyembah

Dzat yang menjadikan kesemua jisim dan jirim

dan pemilik kerajaan langit dan bumi

serta gedung Arasy yang Agung.

dan kepadaNyalah kita semuanya

akan kembali.

Dan bersaksilah,

bahawa kami memurnikan ketaatan

hanya kepadanya sahaja.

dan sesungguhnya kami ini termasuk

orang-orang yang berserah diri.

Tuesday, September 11, 2007

Renungkanlah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Allah Sayang orang-orang yang Pemurah.
Tetapi Allah lebih Sayang orang Miskin yang Pemurah

Allah Sayang orang yang Bertakwa.

Tetapi Allah lebih Sayang orang Muda yang Bertakwa.

Allah Sayang orang yang Taat.
Tetapi Allah lebih Sayang orang Kaya yang Taat.

Allah Sayang orang yang Berakhlak Mulia.
Tetapi Allah lebih sayang para Pembesar/Pemimpin yang Berakhlak Mulia.

Allah Sayang orang yang Tawwadu' (merendah diri).
Tetapi Allah lebih Sayang orang Alim (para Ulama) yang Tawwadu'.

Allah Sayang orang yang Pengampun.
Tetapi Allah lebih Sayang orang yang Teraniaya, tetapi Pengampun.

Allah Sayang orang yang Bersyukur.
Tetapi Allah lebih Sayang orang yang ditimpa ujian/kesusahan, tetapi bersyukur.

____________________________________________________

Allah Benci Orang yang Sombong,
Tetapi Allah lebih Benci orang Bodoh yang sombong.

Allah Benci Orang yang Kedekut,
Tetapi Allah lebih Benci orang Kaya yang kedekut.

Allah Benci Orang yang Malas,
Tetapi Allah lebih Benci orang Muda tetapi malas.

Allah Benci orang yang suka berbuat maksiat
Tetapi Allah lebih Benci orang Tua yang suka berbuat maksiat.

Allah Benci orang yang Zalim,
Tetapi Allah lebih Benci Ibu Bapa yang berbuat zalim.


Allah Benci orang yang buruk akhlak,
Tetapi Allah lebih Benci para Ulama (orang alim) yang buruk akhlaknya.

Allah Benci orang yang menabur Fitnah,
Tetapi Allah lebih benci para
Pemimpin yang suka menabur Fitnah.

Thursday, September 6, 2007

Zikir itu Rindu





Dengarkanlah,
Angin bergemersik, mengucapkan zikir.
Burung-burung berkicau, mengucapkan zikir.
Bayu berhembus, mengucapkan zikir.
Unggas dan mergastua berkerik, mengucapkan zikir.
Awan berarak, mengucapkan zikir.
Bintang-bintang dan alam sarwajagat sekeliannya,
mengucapkan zikir.
Bahkan, seluruh makhluk
di kerajaan langit,
bertasbih dan mengucapkan zikir.

Maka, dengarkanlah sekali lagi.
Dendang zikir mereka.
Alunan Tasbih dan Tahmid mereka.
Dengarkanlah,
dengan pancaindera hatimu.

Maka di manakah letaknya taraf manusia,
yang dilantik Allah sebagai Khalifah.
Namun selalu lalai untuk berzikir,
mengagungkan Tuhan selaku penciptanya?

Maha Suci Tuhan yang menciptakan segala sesuatu dengan hak.
Lalu bersemayamlah Ia selaku Dzat yang Maha Agung,
Di singgahsana Arasy yang Mulia.
Sesungguhnya zikir itu adalah penawar bagi insan,
yang sudi berterima kasih,
dan terhadap penciptanya,
ia tahu pula menilai erti RINDU


Shahrul Fitri

Sunday, September 2, 2007

Pintaku



Wahai Tuhanku,
jadikanlah lidahku ini sentiasa basah dalam
menyebut-nyebut dan memuji nama Mu.
Jadikanlah hatiku ini,
sentiasa hadir dalam mengingati Mu.


Jadikanlah telingaku ini,
sentiasa gemar dengan laungan lunak
membesar dan mengagungkan Mu,
dan merasa jijik dengan rentak tari,
dari hidangan dunia yang melalaikan.


Jadikanlah fikiranku ini,
sentiasa murni dengan berbuat taat pada Mu,
dan merasa bosan dan muak dengan
kemungkaran dunia muta'akhir yang menyesatkan.


Hanyalah Kasih Sayang Mu
yang aku dambakan,
di setiap saat dan di setiap penjuru waktu.

Oleh itu,
suburkanlah Cinta ku kepada Mu,
wahai Tuhanku.
Sebagaimana air hujan menyuburkan daunan layu


Mencari Allah & "A for Allah dari Yusuf Islam"