Inilah lembaran2 dari kuntuman puisi dan pernyataan rindu serta sanjunganku pada Sang Khaliq yang darinya segalanya bermula dan kerananya kita semua di sini. Bait-bait yang sama juga ku karang buat Sang Kekasih pembawa Rahmat ke Seluruh Alam, Imam kita dan Penghulu sekelian insan-insan Kamil,junjungan Kita Rasulullah s.a.w
Monday, October 29, 2007
Ya Rasulullah
Monday, October 22, 2007
Pokok Menyerupai Manusia sedang Ruku'
Di sebuah hutan berhampiran Sydney di Australia, sebatang pokok mengejutkan ramai orang apabila bagian bawahnya menunjukkan rupabentuk manusia sedang ruku' sebagaimana ruku, ketika solat. Jika dilihat dengan lebih dekat, diperhatikan bahawa kelihatan seperti 'tangan' manusia yang diletakkan di atas 'lutut' ketika sedang ruku'.
Namun begitu, yang paling mengejutkan ialah 'manusia pokok' ini betul-betul menghadap arah Qiblat iaitu arah Kaa'bah di Makkah.
Wednesday, October 17, 2007
Nama ALLAH Di Benua Afrika
Suatu penemuan yang menakjubkan dirakam oleh Keyhan Mohmand dari Almere Stad, Holland (Belanda). Imej nama ALLAH yang sangat besar dan jelas dapat dilihat di sepanjang Gurun Sahara berhampiran Mesir melalui imej dari laman web NASA. Yang menariknya, bahagian yang menunjukkkan nama Allah itu langsung tidak dilitupi awan, SUBHANALLAH
Sunday, October 14, 2007
Sunday, October 7, 2007
Bekas Tapak Kaki Rasulullah
betapa luhurnya pekertimu.
Wahai pembawa obor risalah Ilahi,
kafirlah orang-orang yang mendustaimu.
Terimalah kami wahai Rasulullah,
di kakimu.
Syafaatkanlah kami, wahai Imam.
Di Hari Kebangkitan nanti.
Redha Allah,
ada pada Redhamu.
Rahmat Allah,
ada pada sisimu.
Bila disebut orang tentang Rahmat untuk seluruh alam,
engkaulah yang dimaksudkannya itu.
Wahai Nabi,
Wahai Imam yang tulus,
Wahai Kekasih,
sesungguhnya kami merinduimu,
dengan kerinduan,
yang tidak tertanggung lagi
Helaian Rambut Rasulullah S.A.W
Capal (sandel) Rasulullah S.A.W
Prophet Mohammad slept upon a mat and got up with marks on his body made by the mat. Someone said, " O Messenger of Allah! If you had ordered me, I would have spread a soft bed for you." Prophet Mohammad said, "What business have I with the world? My state in respect of this world is that of a man on horseback who stops under the shade of a tree for a while and then leaves it."
"Can anyone walk over water without wetting his feet? Prophet Mohammad asked his companions, They said, "No." The Prophet said, "Such is the condition of those in the world; they are not safe from sins."
Saturday, October 6, 2007
Akhlaq Rasulullah
Dikau mengajarkan kami menangis,
sebelum tibanya hari tangisan,
dikau mengajarkan kami bertaubat,
sebelum tulang-belulang kami dihancurkan.
Maha Suci Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran,
dan dengannya, kami disimbah dengan cahaya Iman,
Sesungguhnya dengan kehendak Allah,
engkau adalah sebab,
mengapa Kami masih bernafas.